Quantcast
Channel: ~ Rahsia Hatiku ~
Viewing all articles
Browse latest Browse all 72

Bukan Masa Untuk Ke Luar Negara

$
0
0
tiba2 rasa nk kupas isu semasa pulak...ewahhh ingat senang macam nk kupas bawang ke? sebenarnya entry ni sekadar nak meluahkan pandangan sendiri je..

i rasa risau dgn ekonomi negara kita sekarang...rasanya sekarang ni bukan masa yg sesuai la utk travel ke overseas...RM kita dah nazak (bukan Rosmah Mansor ye)...Ringgit jatuh teruk & ada beberapa buah negara mcm china & thailand taknak terima RM dah...so kalau nak pegi sana tukar siap2 la duit dr malaysia atau pegi je keluarkan duit kat ATM negara diorang...boleh setting..

tapi kitorang dh siap book flight & hotel utk travel bulan oct nanti...aduduuuu sesak nafas fikir...jangan la bulan 10 tu duit kita dah takde nilai (tapi mcm tak mustahil je)...hari ni 1 euro = RM 4.89, 1 USD = RM 4.25, 1 pound = RM 6.67...mcm mustahil je bulan oct nanti matawang kita akan stabil balik..

sedih jugak dgn keadaan sekarang, tapi apa je yg kita boleh buat kan? kita bukan la nak jadi hamba duit sgt, tiap masa fikir duit duit duit je...tapi sekurang-kurangnya kita fikirkan masa depan & nasib anak2...mungkin ke satu hari nanti kita berbangga jadi rakyat Malaysia tapi terpaksa merempat di negara sendiri?

sekarang ni i muhasabah diri jugak la...tengah ada duit ni baik beringat, bukan masanya utk membazir...kalau ada sejuta sekalipon, bukan masanya utk shopping sakan...kena gunakan sebaiknya untuk benda2 penting & berfaedah je...utk i yg kuat berbelanja & shopping bukan2, inilah masanya utk kawal nafsu dan berfikiran waras kot...hihi

jom kita "jemput rezeki" dgn mudah! insyaAllah kita akan sentiasa rasa tenang, lapang & murah rezeki...meh amalkan ni...i dh try (bukan riak ye) dan memang ketara hasilnya...bantuan Allah tu tetap ada utk hambaNya yg berusaha sungguh2..

Antara Amalan Murah Rezeki:
1. jangan tido lepas subuh! kalau tido memang banyak la kerja kita kan bertangguh..biasakan lepas subuh tu buat kerja2 yg ringan mcm siram pokok ke, bagi makan kucing/ikan/haiwan ternakan
2. duha duha duha!! biasakan diri dgn solat duha hatta di pejabat sekalipon..alaa bukan lama pon solat tu
3. cuba tunaikan hajat org lain...erti kata lain cuba permudahkan urusan org lain..
4. banyakkan berzikir, berselawat, istighfar, bertahmid
5. bersedekah...sambil hulurkan bantuan tu, berdoa la pada Allah...biasakan diri dgn alaman kebajikan
6. sentiasa berlapang dada & maafkan kesalahan org lain
7. kalau ada rezeki lebih, belanjakan la untuk ke rumah Allah...ada org selalu ckp belum sampai seru, tapi nak dapatkan "seru" tu bukan duk diam je, kena usaha la supaya jadi tetamu rumah Allah..kalau sungguh2, insyaAllah memang mudah la urusan kita..rindunya nak ke sana lagi!

i share tu takde niat apa2 melainkan nak ajak korang semua sama-sama tamak pahala & supaya rezeki kita tak putus2 walaupon dalam keadaan ekonomi sekarang...mcm i sendiri ada benda dalam list kat atas tu bukan la dpt buat hari2, tapi usaha jugak buat! 

eh doa2 la bulan 10 nanti ekonomi kita stabil ye...i nak melancong dgn gembira gitew...hihi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 72