Quantcast
Channel: ~ Rahsia Hatiku ~
Viewing all articles
Browse latest Browse all 72

Persediaan Banjir

$
0
0
hai! sedar tak sedar, dah masuk bulan disember kan kita? cepat sangat masa berlalu...tahun depan dah umur 28 tahun!!! huwaaaa dah menghampiri 3 series rupanya...kihkih

kalau ikutkan, setiap hujung tahun kat pantai timur ni mesti akan mengalami musim tengkujuh...alhamdulillah setakat ni kat kemaman hujan tak lebat mana dan masih boleh merasa matahari terik...cuaca tak menentu kat sini...

kalau dah hujung tahun ni, memang i berdebar sebab teringat banjir tahun lepas...3 disember 2013 adalah sejarah banjir teruk selama 20 tahun i membesar kat kemaman ni...untuk tahun ni, memang i amik langkah berjaga-jaga utk menghadapi banjir lebih2 lagi due date i 14 dec ni...huahua

kat ruang tamu dah lama angkut carpet yg berat tu kat tingkat atas...sofa tu agak2 longkang dah penuh baru angkat...meja tu in case banjir pon takpe kot sbb kaki dia besi...ikutkan tahun lepas, air naik 1 kaki dalam rumah i ni...

ini pulak bilik tetamu kat tingkat bawah...dah kosongkan, tilam2 dah bawak naik atas...insyaAllah i akan pakai bilik ni sepanjang tempoh berpantang...jenuh la kalau nak naik turun tangga kn? kang tak pasal2 luka lambat baik *eh berdebar pulak bila fikir beranak*

TAPIII ada kawasan yg i risaukan! dapur & wall panel i...huhu
walaupon kitchen cabinet ni kayu nyatoh, tapi faham2 je la material dalam dia kan? yg nyatoh tu pintu dia je...ni kalau kena air, risau kotor la sbb putih...tahun lepas masa banjir takde lagi kabinet ni...ikutkan rumah my mom, pakai kayu biasa je (formica kalau tak silap) tapi alhamdulillah tak kembang langsung...
wall panel tu pulak i guna plywood je...plywood kalau kena air sah2 la kembang kn? pon masa tahun lepas takde lagi wood panel tu, masa tu x siap lagi...

i harap sangat2 tahun ni Allah tak duga dah kitorang dgn banjir...kalau kena jugak, redha je la kan? dah tak boleh buat apa...ada la tu sebab Allah nk tegur...i mmg hari2 doa supaya tak diuji dgn bencana ni lagi memandangkan i dah sarat sangat2 ni...yakin je segala ketentuan Allah tu yg terbaik kan? :) kalau ikutkan, memang kitorang ni dalam mode berjaga-jaga, tiap kali hujan je berdebar...

doakan supaya segala urusan i dipermudahkan ye...amin :)

************************************
macam biasa nak iklan sikit...jgn lupa dapatkan jubah design baru di Moreena Boutiqueye...lawa2, design ni semua ilham kakak ipar i...siapa yg saiz M atau L tu cepat2 grab tau sbb biasanya beribu2 stok baju keluar, dalam 2 minggu je saiz tu boleh habis...terlajak laris gitu...alhamdulillah :)

jubah baru ni nama dia PANDORA...terdapat dalam 3 jenis pilihan iaitu Abeer, Daisy dan Liner dalam pelbagai jenis pilihan warna...nama tu diberi atas sebab "detailing" pada lengan jubah...Abeer ada gelang manik yg cantik, Daisy pulak ada gelang manik dengan patch fabric bercorak bunga manakala Liner ada gelang manik dengan patch fabric bercorak jalur...

gelang manik tu import dari korean, buat jubah pandora ni nampak exclusive...simple tapi menarik!! dah tak perlu susah2 pening kepala cari aksesori tambahan...yg penting ada hidden zip kat lengan & dada yg memudahkan kita utk amik air sembahyang & semestinya nursing friendly :)

 
geram tengok! lawa2 kan? hehe...i sendiri dah grab utk pakai lepas pantang nanti :) utk pengetahuan, jubah amelina dah SOLD OUT utk semua saiz M...

haaa alang2 tu jangan lupa jugak follow IG moreena.boutique ye :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 72